[20191121] Berita Harian - SP Group to spend $35m to train gas, energy staffhttps://www.spgroup.com.sg/dam/jcr:f138f08f-ebd2-4761-855e-f26f6387e056BH dicetak 9.30 malam. Edisi digital BH di BeritaHarian.sg KHAMIS, 21 NOVEMBER 2019 (24 RABIULAWAL 1441) Sebuah penerbitan SPH - kumpulan media yang diyakini MCI (P) 041/09/2019 60 sen HK gesa penunjuk perasaan serah diri secara aman – Muka 6 Relawan masjid pendamping penerima zakat – Muka 10 Pergeseran Anwar-Azmin semakin hangat – Muka 9 SP Group akan belanja $35j latih pekerja gas, tenaga Berganding dengan kesatuan sekerja latih 3,600 kakitangan �NUR HUMAIRA SAJAT nhumaira@sph.com.sg ENCIK NG CHEE MENG SERAMAI 3,600 pekerja gas dan tenaga akan menjalani peningkatan kemahiran dalam tiga tahun akan datang dalam bidang perkhidmatan pelanggan, keselamatan siber, analitik data, keselamatan dan kemahiran bagi tempat kerja digital. Syarikat penyedia utiliti, SP Group dijangka membelanjakan $35 juta dalam usaha itu bagi tiga tahun mendatang manakala satu Jawatankuasa Latihan Syarikat (CTC) telah dibentuk antara Kesatuan Pekerja Gas dan Tenaga (Upage) dan SP. Mengulas usaha itu semalam di SP Group, Setiausaha Agung NTUC, Encik Ng Chee Meng, berkata ia satu langkah ke depan dan berharap lebih ramai golongan profesional, pengurus dan eksekutif (PME) melibatkan diri. “Dengan cara itu, terdapat produktiviti dan pemadanan teknologi. “Meningkatkan produktiviti syarikat dan negara adalah penting. Jika anda menggabungkan ini daripada syarikat dan industri berbeza serata Singapura, pemerintah, gerakan buruh dan majikan kita berkumpul untuk tujuan penting dalam kerjasama tiga pihak bagi memastikan ekonomi Singapura berdaya saing dan kita merebut peluang,” ujarnya. Menurut kenyataan bersama SP Group dan Upage semalam, usaha itu disebabkan perubahan pesat sektor tenaga, yang merangkumi pendigitalan dan jangkaan pelanggan yang semakin meningkat. CTC yang terdiri daripada wakil pihak pengurusan SP Group dan Upage, merupakan usaha bersama bagi memenuhi keperluan sumber bakat dengan cara mampan. Salah satu ciri utama CTC, menurut kenyataan itu, adalah pendekatan dari peringkat bawah ke atas – atau ‘ground-up’ – untuk mengenal pasti pekerjaan yang terjejas oleh perubahan industri dan syarikat, sambil menetapkan program latihan untuk membantu pekerja mendapatkan kemahiran relevan bagi pekerjaan baru atau yang telah berubah. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan SP Group, Encik Wong Kim Yin, berkata industri tenaga sedang berubah dengan adanya teknologi baru. Justeru, mereka mahu pekerja menyesuaikan diri dan bersiap sedia untuk berdepan dengan perubahan yang berpotensi mendatangkan gangguan. Setiausaha Agung Upage, Encik Abdul Samad Abdul Wahab, menambah: “Beberapa pekerja kami resah dengan perubahan yang bakal dihadapi, kerana ada kebimbangan bahawa teknologi akan ambil alih pekerjaan mereka. “Dengan CTC ini, kami berharap dapat mengurangkan ketakutan ini dengan menjelaskan bagaimana dengan mempertingkatkan kemahiran dan mengambil pekerjaan bernilai lebih tinggi akan menghasilkan gaji dan prospek pekerjaan lebih baik.” Pada Januari tahun lalu, SP Group dan Upage melancarkan Project FUSION (Kemahiran Masa Depan bagi Semua) yang memberi manfaat kepada sekitar 80 peratus kakitangan SP Group serta dalam proses mempertingkat kemahiran lebih 200 peranan pekerjaan. Antaranya adalah teknisyen SP Group, Encik Mohammad Faizal Udin, 38 tahun. Sebelum ini beliau perlu pergi dari rumah ke rumah untuk membaca meter air, gas dan elektrik secara manual. Namun setelah menjalani program latihan, beliau kini teknisyen meter elektrik lanjutan, yang menguji, memasang dan menyelenggara meter elektrik SP Group. “Peningkatan ini amat bermakna buat saya dan memberikan saya tujuan baru. Daripada membaca meter, saya kini lebih amali dengan mempelajari bagaimana meter berfungsi, dan dapat menggunakan teknologi untuk membolehkan saya untuk menyumbang lebih baik dan memberikan lebih nilai kepada syarikat ini,” ujarnya.